“Ada ada je suami isteri ni, haji dan hajjah”- Netizen

Siapa saja yang tak mengenali pasangan serasi dan comel Dato Seri Mahadi dan Datin Seri Helizan Helmi ni. Mereka yang baru saja mendirikan tangga ni tidak lagi asing dengan kerasian mereka bersama. Ada saja video-video lucu dan comel dari pasangan ni. Happy je sokmo nampak.

Mereka juga selalu mempromosikan produk jualan Dato Seri Mahadi, tapi ada juga diselit adegan-adegan lucu ketika mempromosikan produk tersebut. Seronok kan mempunyai pasangan yang sehati-sejiwa. Dato Seri Mahadi duk melayan je karenah isteri kesayangan nya itu.

Begitu juga dengan DS Heliza Helmi, tak pernah letih mereka berdua ni. Dua-dua masuk air. Sempoi betul haji dan hajjah ni. Selamanya berjiwa muda, tidak pernah kering dengan idea-idea lawaknya. Comey sangat.

Baru-baru ini DS Heliza Helmi ada memuat naik video beliau bersama suami nya dalam perjalanan untuk launch kan produk mereka. Sempat mereka bergurau senda, DS Heliza yang sengaja merekod video mereka berdua, kemudian membuat ekspresi muka.

Tapi, sempat juga beliau duk zoom in ke arah suaminya itu, terus suaminya tutup kepala nya. Bak kata Heliza agaknya kenapa ya DS Mahadi tutup kepala. Haha, ajak bergurau ye. Nasib suaminya tu pun suka bergurau.

Pun begitu, audio yang digunakan pun boleh tahan rancak nya. Ada yang mengatakan dah macam filen hindustan dah. Amboi, bukan main lagi ye. Kalau macam pasti DS Mahadi jadi hero disitu. Boleh buat filem ye.

Mereka ini bukan saja merupakan usahawan berjaya, tapi boleh juga dikatakan pelawak berjaya juga ya, mana taknya, selalu saja buat kita semua terhibur, Seronok kana da pasangan yang sebegitu, serba serbi masuk air.

Rata-rata netizen begitu kagum dengan pasangan ini, walaupun sentiasa sibuk, tetapi tetap chill gitu. Kita pun sudah sedia maklum bahawa DS Heliza Helmi ini lincah orang nya, sejak zaman bujangnya lagi, memang begitu aktif orangnya.

Justeru, tidak dapat dinafikan bahawa mereka berdua ni sangat lah comel. Bak kata netizen Haji dan Hajjah havoc gitu. Tetap berstail dan mengikuti trend. Belum lagi jika bergabung dengan adiknya DS Heliza iaitu Hazwani, kalau ada beliau, lagi kecoh dibuatnya.

Sumber : Ig Helizahelmi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!