“Abg Anas, Icha nak pakai style labuh tau, jgn sh0ot nampak kaki”- Izara Aishah

Penghijrahan selebriti popular Izara Aishah memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada ramai netizen dan rakan-rakan artis Malaysia. Siapa sangka, dahulunya Izara yang pernah berimej sksi kini sudah tampil cantik bertudung litup dan berpakaian cukup sopan. Perubahan yang sangat bagus buat Izara ini juga telah membuka mata kepada kita semua untuk tidak menghuukum masa lalu seseorang.

Baru-baru ini, salah seorang rakan kepada Izara yang dikenali sebagai Anas Zahrin mendedahkan sikap sebenar Izara yang begitu mengejutkan ramai pihak.

Izara yang sudah berhijrah kini cukup teliti menjaga auratnya ketika bekerja. Seperti contoh ketika sesi bergambar bagi salah sebuah jenama tudung milik Anas, Izara berpesan supaya mahu menggayakan baju dan tudung yang labuh sahaja.

Bukan itu sahaja, Izara juga sentiasa mengingatkan jurugambar untuk tidak menampakkan aurat kakinya ketika sesi bergambar kerana ketika itu Izara lupa untuk memakai stoking.

Betapa telitinya Izara dalam menjaga auratnya ketika bekerja. Penghijrahan yang cukup ketara buat selebriti cantik ini.

Selepas Izara mengambil keputusan untuk berhijrah, beliau menerima banyak tawaran sebagai model tudung dan membuatkan ramai orang terpesona dengan kecantikannya. Sopan dan ayu sekali.

Pendedahan sikap sebenar Izara menerusi salah satu posting di Instagram Anas telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata cukup kagum dengan perubahan yang baik oleh Izara.

Malah posting tersebut yang menunjukkan video Izara sedang melakukan sesi penggambaran untuk jenama tudung milik Anas itu telah menerima hampir 200,000 tontonan sejak dua hari lalu.

“MasyaAllah perubahan yang sgt baik untuk Izara, dah lah cantik, Alhamdulillah inilah hijrah yang sebenar”- netizen

Ramai netizen turut mendoakan agar Izara sentiasa beristiqomah dalam penghijrahannya. Semoga kita semua juga akan berubah yang lebih baik pada masa akan datang, amin..

Sumber: Instagram Anaszahrin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!