“Abah…kenapa abah?” – Ini cerita sebenar kemelut antara Asif dan Syahmi

Kemelut antara bintang YouTube, Syahmi Sazli dan remaja aut1sme, Mohd Asyiff Suhaimi atau Asif berhubung isu bayaran dan kebajikan sebenarnya berpunca daripada salah faham. Akui kakak kepada Asif iaitu Siti Nur Atina Suhaimi, 30, tindakannya bersuara menerusi media sosial bagi mempersoalkan hak adiknya tanpa mendapatkan maklumat yang jelas daripada Syahmi menjadi punca kepada konflik berkenaan.

“Untuk pengetahuan semua saya dan Asif adalah adik-beradik sebapa, kami berlainan ibu. Memang saya tiba-tiba muncul untuk pertahankan hak Asif, tapi bukan kerana mahu tumpang senang.

“Saya bertindak menyuarakan haknya selepas bapa kami mengadu bahawa sudah beberapa bulan dia tidak menerima bayaran untuk Asif daripada Syahmi.

“Itu maklumat yang saya dapat daripada bapa kami. Logiknya Asif adalah di bawah tanggungan bapa, jadi dia lebih tahu mengenai pendapatan adik saya itu,” kata Siti Nur Atina atau Tina kepada mStar.

Tina memohon kepada Syahmi selepas menyedari kemelut ini berpunca daripada bapanya.

Isu ini timbul selepas Tina memuat naik beberapa kenyataan dan paparan skrin menerusi Instagram Asif iaitu asifsuhaimi02 dengan mempertikaikan tanggungjawab Syahmi selaku majikan kepada remaja berkenaan.

Asif mula terkenal dalam kalangan netizen selepas membintangi Drama Spontan menerusi saluran YouTube milik Syahmi.

Bagaimanapun susulan daripada isu berkenaan, Syahmi memberi bayangan bahawa Asif berkemungkinan tidak lagi berlakon di dalam Drama Spontan.

Keputusan untuk Asif muncul dalam Drama Spontan hanya akan ditentukan oleh bapanya, Suhaimi.

Sementara itu menjelaskan lanjut mengenai konflik berkenaan, Tina berkata dia sudah mendapatkan penjelasan Syahmi dan bapanya sendiri bagi mengetahui mengenai kedudukan sebenar.

“Abah mengaku memang Syahmi ada buat bayaran sebanyak RM200 untuk Asif, duit itu diberi kepada abah untuk simpanan. Mana duit itu pergi, tak perlulah saya ceritakan secara lanjut. Kata Tina, kakak Asif.

“Tanpa sedari rupa-rupanya abah yang putar belit cerita. Semua saudara mara tahu bahawa abah mempunyai masalah peribadi dan semua salah faham ini berpunca daripada dia.” –

“Saya sudah pun memohon maaf dan Insya-Allah saya akan membawa abah untuk bersemuka dengan Syahmi dan isterinya, Anissa untuk berbincang mengenai isu ini,” katanya.

Sebelum ini isteri Syahmi iaitu Anissa Faizul turut menjelaskan bahawa selain bayaran RM200 yang diberikan kepada bapa Asif, pihaknya juga ‘membayar’ hasil kerja remaja itu melalui tanggungan perbelanjaan barang dapur, keperluan harian dan pakaian.

Sementara itu, LAKONAN remaja aut1sme yang dikenali sebagai Asif menerusi Drama Pendek Spontan di saluran Youtube Syahmi Sazli mendapat perhatian netizen yang terhibur dengan penggunaan loghat Kelantan dan gelagat spontannya.

Personaliti YouTube, Syahmi atau Muhammad Syahmi Sazli, 24, berkata idea menghasilkan drama tersebut tercetus apabila menyedari Asif yang juga sepupunya itu berminat beraksi di hadapan kamera tetapi mempunyai masalah menghafal skrip.

“Sebenarnya saya pernah cuba tampilkan Asif dalam drama pendek saya yang ada skrip pada tahun lalu selepas saya perasan dia memang suka sangat dengan kamera.

“Tapi lakonan Asif tak menjadi sebab dia tak boleh nak hafal skrip dan ikut apa yang sudah dirancang. Jadi, saya mula terfikir macam mana nak tukarkan kelemahan dia itu menjadi kekuatannya.

“Muncul la idea untuk buat drama pendek spontan dan kita beri kebebasan untuk Asif cakap ikut apa yang dia rasa tanpa skrip. Bagi saya, itulah keistimewaan dia yang membuatkan orang terhibur dengan gelagat spontannya,” kata Syahmi kepada mStar.

Syahmi dan Asif atau nama sebenarnya Mohd Asyiff Suhaimi, 17, ditemui ketika sesi fotografi dan temu bual eksklusif bersama mStar di Menara Star, Petaling Jaya pada baru-baru ini.

Sementara itu, Syahmi memberitahu dia ada menerima tawaran berlakon daripada produksi TV untuk muncul dan bekerjasama dengan mereka.

Kata anak kelahiran Kelantan ini, ibu bapa Asif juga telah menyerahkan tanggungjawab kepadanya untuk menguruskan segala tawaran yang diterima remaja itu.

“Ada beberapa buah produksi TV yang panggil saya untuk berlakon tapi saya perlu melihat tarikh dahulu, kalau sesuai barulah saya boleh terima.

“Keluarga dia pun hanya percaya pada saya seorang untuk uruskan segala tawaran yang diberikan untuk Asif.

“Kalau ikutkan memang ramai pihak panggil Asif untuk tampil dalam program mereka tapi keluarga dia memang akan minta mereka tanya saya terlebih dahulu,” ujarnya.

Semenjak kerap berlakon dalam video, Syahmi akui Asif banyak berubah sikap apabila dia sudah boleh bergaul dan menyesuaikan diri dengan orang sekeliling.

Syahmi tidak merancang untuk mengembangkan produksinya di Kuala Lumpur.

Sikap Asif yang tahu menjaga batas pergaulan dengan pelakon wanita yang dikenali sebagai Wanie menerusi drama tersebut turut mendapat perhatian.

Untuk rekod, Syahmi Sazli memulakan kerjayanya sebagai Youtuber pada 2016 selepas video lucunya berdurasi seminit yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya menjadi tular.

Bakat Syahmi Sazli dalam pembikinan drama pendek yang lucu dan penuh pengajaran juga mendapat pujian apabila hasil karyanya sering menjadi trending di YouTube serta mendapat tontonan lebih 1 juta dalam masa yang singkat.

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*