“Aauww dia nak abang dia buatkan, so cute” – Netizen

Dua cahaya mata milik pasangan selebriti Haitul Azreen dan Hanis Zalikha sering kali menjadi perhatian dari mereka dilahirkan hinggalah sekarang. Siapa lagi kalau bukan si kecil comel ini iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Alisa juga pernah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Meletop bagi kategori Si Cilik Meletop pada awal tahun ini. Mana tidaknya, kecomelannya membuatkan ramai peminat suka dengan Alisa.

Selain Alisa yang sentiasa menjadi tumpuan peminatnya, abangnya iaitu Yusuf Iskandar juga mempunyai peminatnya sendiri. Gelagat Yusuf sebagai seorang abang yang penyayang membuatkan ramai peminat suka melihatnya.

Gelagat Yusuf melayan baik adiknya jelas menunjukkan Yusuf seorang abang yang penyayang.

Baru-baru ini menerusi video yang dikongsi Instagram Alisa, buat pertama kalinya anak comel ini menerima rawatan pergigian di salah sebuah klinik gigi.

Pada awalnya, Alisa kelihatan takut untuk dirawat oleh doktor. Namun, gelagat Yusuf terus menjadi perhatian netizen apabila Yusuf meluru ke arah Alisa dan membantu dktor tersebut untuk memujuk Alisa. Tatkala Alisa melihat abangnya di sebelah, Alisa akhirnya berjaya dipujuk.

Begitu eratnya hubungan dua beradik ini. Memang penyayang betul Yusuf dengan adiknya, Alisa.

Walaupun usia Yusuf masih kecil, sikap matang Yusuf cukup bagus dan mengambil berat tentang Alisa. Sehingga kini, Yusuf masih menjadi kesukaan ramai peminatnya dengan gelagat-gelagatnya yang cukup comel itu.

Dalam pada itu, video Yusuf dan Alisa itu telah menerima 1 juta tontonan di Instagram Alisa. Rata-rata teruja melihat sikap penyayang Yusuf terhadap adiknya dan menerima banyak pujian daripada netizen.

Semoga Yusuf menjadi abang yang baik. Suka tengok gelagat Yusuf layan baik afiknya, lembut sangat.

Sumber: Instagram Thealisaaisyah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!