“Seorang penghafal Al-Quran”, doa dan harapan Tokti buat adik lelaki Aafiyah

Sekitar awal bulan Disember tahun lalu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pasangan Datuk Khalid Jiwa telah pun membuat pengumuman mengenai kehamilan kedua Tokti. Kehamilan kedua itu sebenarnya telah dihidu lebih awal oleh para peminat apabila sebelum ini telah tular sebuah video Tokti bersama Aafiyah dimana Aafiyah menciium perut ibunya seolah-olah mempunyai “isi”.

Teka-teki mengenai jantina anak kedua Tokti juga bukan lagi rahsia apabila Tokti juga telah memaklumkan mengenai jantina anaknya iaitu seorang bayi lelaki semasa majlis perasmian kolaborasi produk beliau.

Tokti turut mendedahkan bahawa kandungan kedua beliau ini merupakan kembar kepada Aafiyah. Bayi dalam kandungan beliau itu merupakan embrio yang terjadi pada hari yang sama dengan Aafiyah semasa beliau menjalani rawatan IVF 3 tahun yang lepas.

Tanggal 19 April sekitar jam 6 pagi tadi, Tokti akhirnya telah berkongsi dirinya telah selamat melahirkan anak keduanya itu.

Perkongsian oleh Tokti itu dibuat menerusi Instagram peribadinya dan telah menerima ribuan ucapan tahniah daripada para peminat beliau.

Tidak ketinggalan beliau turut mengemaskini video terkini di saluran youtube. Video tersebut dirakamkan sebelum kelahiran adik Aafiyah. Tokti berkata beliau tidak mengalami masalah yang berat sepanjang tempoh kehamilan.

Menurut Tokti, beliau menyimpan harapan dan doa yang amat besar buat anak lelakinya itu. Selain mengharapkan anak lelakinya itu menjadi anak yang soleh dan menjadi pemimpin, Tokti juga berdoa agar anaknya agar mampu menghafal Al-quran dan mampu menjaga dirinya apabila sudah tua kelak. Ramai juga sebak mendengarkan luahan hati Tokti kepada adik Aafiyah itu.

Di akhir video, Tokti juga turut menyelitkan doa kepada pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat supaya bersabar dan tidak berputus asa kerana tuhan lebih mengetahui waktu yang sesuai untuk mereka dikurniakan zuriat.

Ruangan komen di video berkenaan dilimpahi ucapan tahniah dan juga doa daripada para peminat buat anak kedua Tokti. Mereka turut berharap supaya harapan Tokti berkenaan dipermudah dan dimakbulkan. Berikut dikongsikan komen-komen yang diterima oleh para peminat beliau.

Selamat berpantang diucapkan buat penyanyi kesayangan rakyat Malaysia. Semoga Tokti menikmati masa berpantang dan rehat beliau dengan sempurna sebelum kembali bekerja semula. Apa agaknya reaksi Aafiyah pula bila berjumpa adiknya nanti.

Buat masa ini Tokti masih berkongsikan nama penuh anak lelaki beliau namun hanya memberikan bayangan bahawa nama tersebut bakal bermula dengan huruf A.

Sumber: y0utube Siti Nurhaliza

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!