“Tunggu customer nak membeli ni, azab tau bila lah nak habis ni”- Dato Seri Vida

Di kala musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai individu yang terjejas pendapatan dan tidak kurang juga ramai yang dibuang kerja berikutan pmdemik yang semakin meningkat saban hari. Pelbagai cara yang dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk terus menampung kelangsungan hidup antaranya memulakan bisnes baru. Ramai sudah mula berniaga bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Namun apakan daya, itu sahaja lah yang boleh dilakukan demi mencari duit untuk sesuap nasi. Lebih mencabar lagi apabila kadang kala tiada hasil jualan yang sememangnya akan mendatangkan kerugian kepada penjual. Itulah yang dialami oleh sebahagian daripada mereka.

Buktinya, usahawan kosmetik Dato Seri Vida sendiri merakam salah seorang peniaga nasi lemak yang dilihatnya itu kurang menerima hasil jualan.

Setelah lama Dato Seri Vida menunggu, segera beliau membantu peniaga tersebut dengan sama-sama turun padang menjual nasi lemak sekali dari siang hingga ke malam.

Bukan itu sahaja, Dato Seri Vida membeli semua nasi lemak yang dijual peniaga itu dan bersedekah kepada sesiapa yang datang ke gerai peniaga tersebut. Sungguh murni hati Dato Seri Vida membantu peniaga yang sedang berjuang menjual nasi lemak itu.

Dato Seri Vida berkongsi videonya turun padang membantu peniaga nasi lemak menerusi laman instagramnya. Video yang dikongsi itu telah menerima hampir 200 ribu tontonan dan dimuatnaik di laman youtube juga.

Rata rata netizen meluahkan rasa simpati melihat peniaga yang terpaksa struggle untuk mendapatkan pendapatan. Ramai netizen juga turut memuji sikap murni Dato Vida yang membantu dan prihatin dengan peniaga-peniaga kecil.

Semoga murah rezeki buat Dato Seri Vida membantu peniaga kecil. Bukan mudah sebenarnya peniaga di luar sana nak dapatkan hasil jualan, macam macam dugaan. Harap semua peniaga kecil bertabah dan dilimpahkan rezeki yang tidak disangka sangka ya.

Sumber: Instagram Dato seri vida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!