“40 tahun hidup, pertama kali buat kerja gil3rrr ni” – Mawi

Jadi seorang artis ni, kalau penampilan tak dijaga nanti tak laku pula ya. Jadi disebabkan itulah para artis ni kebanyakannya pasti sudah mempunyai langganan spa dan salon kesukaan mereka sendiri. Setiap bulan mahupun setiap minggu, pasti mereka akan pergi untuk membuat perawatan muka dan sebagainya untuk memastikan agar tetap kelihatan kemas ketika berhadapan dengan peminat dan kamera.

Pasti ramai yang masih ingat lagi dengan penyanyi lelaki yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu. Asmawi Ani atau terkenal dengan namanya Mawi pernah menjadi siulan ramai setelah berjaya menjadi juara rancangan Akademi Fantasia Musim ke 3.

Walau kini Mawi dilihat sedikit perlahan dalam bidang hiburan terutama nyanyian, namun dia dan isteri iaitu Ekin Rahmat sangat sibuk mengendalikan perniagaan milik mereka berdua. Mawi juga kini sedang sibuk bekerja sebagai penyampai radio bernama Zayan.

Dari dahulu lagi Mawi memang terkenal dengan alunan suara merdunya yang unik dan enak didengar jika melibatkan lagu seperti genre qasidah dan nasyid. Malah sehingga kini, Mawi masih membawakan lagu-lagu sebegitu seperti lagu terbaru hasil duet bersama Shahir yang bertajuk Qasidah untuk Qamilah.

Lucu dengan video yang baru dimuatnaik olehnya di Instagram, para peminat mula bertanya-tanya tentangnya di ruangan komen pada video tersebut.

Ingatkan perempuan sahaja yang mementingkan perawatan muka termasuk hidung, ternyata lelaki pun tak lari jauh sama juga seperti perempuan.

Mungkin tak ramai yang pernah cuba pengalaman mewaxing hidung, namun jika lihat saja video Mawi ini rasanya memang takut jika nak buat sama.

Reaksi dan mimik muka yang ditunjukkan oleh Mawi sudah cukup menggambarkan kes4kitan yang dialaminya sewaktu membuat rawatan tersebut.

Macam-macam komen lucu dari netizen dan peminat yang terhibur melihat video yang dikongsikan oleh Mawi itu.

Malah ada yang bertanya jika Mawi tidak ingin kembali botak seperti waktu mula-mula dia masuk di dalam industri hiburan ini.

Tak dapat bayangkan macam mana s4kitnya buat waxing hidung tu. Macam mana lah Mawi boleh dapat idea nak cuba rawatan tu ya. Mungkin isteri tersayang yang bagi cadangan sebab nak nampak Mawi lebih segak kot.

Sumber: Instagram Mawi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!