“18 thn lalu, itu kali terakhir sy pegang tgn awk Eja” – Halim Othman

Selepas lebih 20 atau 30 tahun berlalu, pasti yang dirindui ialah tempat kerja atau sesuatu tempat yang dibina dengan kenangan manis. Perkara yang mengamit kenangan dan sesuatu yang unik ialah apabila kita masih bertemu dengan rakan kerja selepas lebih 10 tahun tidak bertemu. Kemudian gambar diambil untuk kenangan, dan tidak semua yang masih berkesempatan.

Mendapat perhatian apabila Halim Othman memuat naik video bersama Eja, pasangannya di Roda Impian suatu masa dahulu. Mereka hampir lama tidak berjumpa dn apabila berjumpa bak kata netizen menyataakan rindu.

Hampir 20 tahun lamanya, dan mereka bertemu semula sebagai kawan lama dan bekas rakan kerja bersama. Eja dan Halim bertemu kerana Eja ingin memberikan kejuutan.

Apakah kejutan itu? Kejutannya ialah Eja menghadiahkan sambal petai jualannya kepada Halim Othman, oleh kerana Halim sangat suka akan kepedasan dalam makanan.

Halim Othman telah berkecimpung hampir separuh abad di dunia hiburan dan sekarang masih bertahan sebagai penyampai radio Sinar.

Eja seorang pelakon drama dan sangat popular pada tahun 90 an hingga 2000 an. Namun kini menjual makanan didalam balang secara kecik-kecilan.

Mereka tidak pernah berlakon bersama kerana Halim bukan seorang pelakon namun telah lama digandingkan di dalam Roda Impian selama beberapa tahun.

Halim kini masih aktif sebagai penyampai radio dan beliau sangat berbakat dalam menyampaikan radio sambil suara dan nada bercakap nya tidak ubah dan masih kekal suaranya.

Di ruangan komen ada menyatakan rindu akan gandingan mereka dan juga rindu akan game show seperti roda impian itu. Mungkin akan dipertimbangkan kan..

Sumber: ig halimothmanho

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!