“10k jual beg dah r0sak” – Netizen kata Dato Aliff

Tentunya kalau dapat memiliki barangan mewah, kita akan rasa bangga kerana ianya adalah hasil dari titik peluh kita berusaha mendapatkan benda yang kita minat. Sama juga seperti Dato Aliff Syukri yang seperti kita tahu mempunyai banyak koleksi beg mewah pelbagai jenama yang dibelinya di luar negara. Namun begitu, baru-baru ini beliau hendak menjual beg-beg mewah beliau di laman instagram beliau.

“lawa tak?? nak jual murah je rm10ribu…siapa nak beli wussp 019 367 8505 dah pakai lebih kurang 2tahun.. my beg hermes ada 2 warna .. nak tngok wussp sy yaa.. Korang nak tengok banyak lagi kau koleksi beg abg yang abang nak jual boleh followed Instagram asluxurybeg” kata Dato Aliff dalam laman instagramnya.

Walaupun ianya hanya gambar beg tangan mewah tetapi ada yang menarik perhatian netizen kita. Kesan merekah di bahagian tali di atas beg berkenaan telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen Malaysia. Mereka mempersoalkan mengapa harga yang dilwtak oleh Dato Aliff iaitu rm10k sepertinya tidak berbaloi dengan beg yang pada netizen sudah r0sak.

Dilihat di komen berkenaan, Dato Aliff membidas komen netizen tersebut dengan mengatakan beg tersebut tidak r0sak dan beg yang asli akan mengalami rekahan begitu apabila sudah lama disimpan.

Namun ada yang membalas kembali komen Dato tersebut dan berkata bahawa seharusnya beg yang asli akan tidak mudah merekah. Dan mereka juga membandingkan beg yang dibeli mereka yang jenamanya tidak semewah Hermes iaitu Carlo Rino yang telah disimpan selama 5 tahun tetapi tidak mereKah seperti beg Hermes Dato Aliff.

Makanya, moral disini adalah membeli barangan yang mewah lagi mahal ini haruslah mempunyai ilmu kerana terkadang kita bukan boleh mempercayai penjual di luar sana.

Sumber : ig aliffsyukriterlajaklaris

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*